Wednesday, March 30, 2005 9:30 am
SAYA MACAM TAK NAK UPDATE. MALAS BANGET. [Rock Ear Musik: -] [Mood: Malas] Semalam, selepas sekolah, saya dan Hidayah ke Tampines Mall untuk membeli benda-benda project. Selepas itu, kami ke toy 's' rus (okay. saya tidak tahu spell lah!) untuk membeli bunga yang sudah lama saya idam-idamkan. Kami juga ke Helen untuk membeli getah rambut dan earrings. Selepas itu, kami pun buat lah project kami dirumah saya. Hari ini, saya pergi sekolah seperti biasa. Saya bangun pada jam 6.55am dan keluar rumah pada jam 7.18am. Hari ini class saya ada PE. Kita bermain freesbies macam budak bodoh. Selepas PE ialah maths. Saya tidak suka dengan pelajaran maths, jadi saya tidur. Selepas sekolah, saya terus pulang ke rumah kerana hendak bermain computer. Sudah lama saya tidak bermain computer kerana recently computer saya kena infected dengan virus. Ouh. Semasa di sekolah tadi, apabila saya lihat muka Romeo, saya macan nak ludah dekat dia. Saya macam nak pinjam pisau dari gerai makcik di kantin sekolah untuk cucuk ke perutnya biar mati. Saya macam nak tembak dia dengan M-16. Saya macam nak terajang mukanya yang boleh tahan handsome itu dengan kaki saya. Saya macam nak macam-macam lagi. Saya rasa kurang selesah menaip post ini dalam bahasa melayu kerana bahasa melayu saya boleh tahan teruk. Tetapi, untuk memuaskan hati kawan rapat saya, Aneep, yang selalu mengatakan bahawa saya ini suka sangat berbual bahasa english sampai lupa bahasa sendiri, saya akan terus menaip dalam bahasa melayu. Tidak kesah lah kalau orang nak kutuk bahasa melayu saya kerana saya memang tidak pandang dengan orang-orang yang perangai macam step big fuck. Saya harap Aneep akan tersenyum apabila membaca post ini kerana post ini ialah untuk dia. =)) Ok lah kengkawan, saya hendak tidur sekarang. Nanti malam saya update lagi, kalau rajin ye. -Yeee. Boleh tahan terok aku punyer melayu....
|